Monday, 1 September 2014

Cinta Yang Menyakitkan

Baru2 ni one of  my best friend share satu kisah cinta. Best friend I ni beranggapan die mmg b.nasib malang dengan lelaki dan cinta. I pon tak tahu dari mane nak start cerita die. Best friend I ni seorang yang manje..klakar pon ade. Even manje, die tetap seorang yang berdikari.

Last 2 years friend I ni dapat bertukar tempat kerja di salah satu negeri pantai timur. Disebabkan die tak kenal sesiapa, maka die pon rapat la dengan seorang mamat ni. Mamat ni banyak tolong die. Dr situ terbit cinta. Parents mamat ni pon mmg suke die..mungkin sebab die ni ade keje yang tetap n gaji yang stabil. Actually kawan I ni kenal mamat ni dah lame..since 2008 lg. But just be friend on phone..messaging, calling..sometimes. namun semua jadi makin rapat bile b.tukar tempat kerja yang mane kawasan tempat kerja kawan tu tak jauh dari tempat tinggal mamat tu..dalam 30 minutes.

Pendek cerita, bulan april last year parents lelaki ni nak ikat kawan I as tunang. Actually kawan tak berapa setuju. Tp hormat orang tue, die ikutkan jugak. Bertunang lah bulan June dgn janji setahun hidup. Tp panas bkn sampai ke petang..kawan I makin lama makin banyak makan hati. Mamat tu suke betul cakap besar, suke cakap tak serupa bikin, suke menipu. Termasuk la parents die.

Kawan I dah tak boleh sabar. Makin di diam makin luke, then bulan March die buat tindakan berani mati putuskan pertunangan. Waktu die putuskan, die rase bsalah, tapi lama kelamaan makin byak kebenaran yang terbongkar, kawan I rasa die dah pon buat keputusan paling bagus sekali dalam hidup die.

After putus tunang, die b.kawan dengan seorg lelaki dri selatan tanah air.. lelaki ni macam baik..banyak kata2 die m.berikan semangat pada kawan I. Tp lelaki tetap lelaki..cakap cinta lah bagai..tp tak serius.  Lepas tu asyik nak kawan I je yang dengar cakap die. Perempuan tetap perempuan. Sibuk macam mane pon lelaki, die tetap nak kan perhatian dari lelaki yang die cinta.

Perempuan tak minta banyak waktu. Bukan mahukan 24 jam dari masa lelaki. Tak juga 1 jam. Cukup beberapa minit, bertanya khabar n ambil tahu sedikit apa aktiviti die. Tp lelaki ni pentingkan diri. Alasan sentiasa sibuk..tp WhatsApp boleh pulak selalu online. Kawan I betul2 rasa tak dihargai. Bila ditanya atau diajak berborak jawab acuh tak acuh. Masa free lelaki tu banyak dihabiskan dengan game. Waktu kerja kata busy dengan kerja. Kawan I even sibuk n penat macam mane pun tetap boleh luangkan waktu untuk lelaki yang dia cinta.

Cinta bukan lah kelemahan tuk kawan I. Cinta juga bukan alasan untuk biarkan perasaannya ditindas. Lastly, beberapa minggu lepas, die decide to stop messaging, calling, n WhatsApp n what so ever yang related lah dr b.hubung dengan lelaki tu. Lelaki tu pon turut sama diamkan diri. Adakah masih ada cinta?? Kawan I sendiri tak tahu. Yang dia tahu, dia masih cintakan lelaki tu. Cuma die sepikan diri n beri masa pada lelaki tu. Adakah lelaki tu cintakan kawan I? Kawan I pon tak sure. Tp yg pasti emel mereka yang dikongsi bersama sentiasa b.update. Kawan I perasan yang tu coz kadang2 die tak buke pon emel tu seharian..tp tengok keesokan hari, emel tu update. Siapa lagi punya kerja kalau bukan lelaki tu.

I terfikir, lelaki ni selfish, ego. Lelaki harus ingat, perempuan jgn selalu dianggap lemah. Bukan sahaja lelaki, sesiapa sahaja mesti belajar ikhlas terhadap orang yang dicintai. Jangan dah hilang baru nak menyesal. Lelaki, apa yang I perhatikan sekarang suka menabur janji kosong. Cinta dari bibir lelaki dah tak ade nilai.

To be alone n go through our life as a single person is not a big deal nowadays. Perempuan yang masih solo or slalu jumpa dengan lelaki yang salah jgn mudah kecewa. Banyak lagi perkara lain yang boleh dicintai. Paling penting, cintailah diri sendiri. Itu adalah terapi yang terbaik.. jodoh pasti akan ada.

Lelaki pula..kalau dah tak ada niat nak serius, jgn senang2 tabur kata cinta. Lelaki jenis ni bagi I lelaki paling dayus n tak berguna. Tak boleh ke mereka menghormati perempuan lain seperti mereka hormat ibu, kakak, n adik perempuan mereka? Jika ada lelaki lain buat saudara perempuan die sedih, dia marah, tp die sendiri lukakan hati perempuan tak apa pula!

Kesimpulannya..cinta ibarat bermain layang2. Kalau dah terlepas dari tangan biar aje layang2 tu pergi. Tak perlu dikejar...kalau dapat balik pun, layang2 tu mungkin dah rosak n tak same macam dulu. Jadi, beli aje layang2 baru..yang lebih cantik. Sekian.

No comments:

Post a Comment