Sunday, 31 August 2014

Tanggal 31 Ogos 1957

Hari ni terpanggil untuk menulis tentang tarikh bersejarah tanggal 31.08.1957. Sedar tak sedar dah 57 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Anak muda generasi kini tak ramai yang tebal semangat kemerdekaan dalam diri mereka. Terlalu terbuka dan dipandu dengan budaya barat menyebabkan anak muda kini pandang ringan erti kemerdekaan.
Apa yang dilihat kini, bila sampai je tarikh 31 Ogos, yang mereka tahu adalah menyanyi lagu allahyarham Datuk Sudirman. Bila sampai je tarikh ni bermaksud cuti, sampai je tarikh ni..ramai2 countdown..berpesta dengan cara tak sepatutnya..bukan lah semua tp kebanyakkan nye begitu..

Anak muda sekarang terlalu taksub dengan gadget..nilai2 silaturrahim dan perpaduan dah tak diambil berat.. hubungan sesama kaum pelbagai bangsa juga jika dilihat secara realitinya adalah sangat renggang. Susah untuk m.bina persahabatan seperti yg kerajaan inginkan. Nilai budaya yg dipegang dan cara pergaulan juga sangat berbeza. Orang melayu kadang2 dilihat diperbodohkan di tanah sendiri. Mane tak nye..kite pandai cakap bahasa melayu je..sedangkan kaum lain ada bahasa mereka sendiri..saye sendiri hanya pandai b.bahasa melayu dan inggeris sahaja. Bile dah meningkat umur ni..terasa penting nye untuk tahu bahasa cina dan juga tamil. Sektor ekonomi kita dikuasai oleh kaum cina. Orang melayu ramai juga yg berjaya, tapi dominasinya kaum cina. Apa yang merisaukan, takut melayu satu hari nanti hilang hak ketuanannya.

Anak2 muda yang datang dari pelbagai kaum, kalau tak diberi penekanan perpaduan yang baik, boleh menyebabkan negara b.pecah belah. Sekarang pon dah nampak kesannya. Generasi terdahulu dah pon melaksanakan tanggungjawab memerdekakan dan memulihara negara, anak muda sebagai pewaris kenalah lebih komited dan patriotik dalam m.pertahankan kemerdekaan. Kite boleh lihat penderitaan negara2 luar yang ditindas bangsa asing. Perkara begitu amat mengerikan. Beberapa kejadian yang berlaku pada Malaysia pada tahun 2014 ini pon sebenarnye dapat dilihat seperti ada sesuatu yang tidak kena. Sedikit kesilapan dan kealpaan yang tidak berwaspada boleh membawa kepada penjajahan kembali. Sejarah boleh berulang.

Malaysia walaupun malaysian..tetaplah sebuah negara islam. Pemimpinnya islam, rajanya islam. Malaysia juga adalah negara berdaulat. Adalah lebih baik jika sambutan ambang kemerdekaan dilakukan di masjid dengan mengadakan solat hajat, solat2 sunat, anak2 muda tidak bepeleseran tidak tentu hala. Sebenarnye saya juga antara generasi muda yang cintakan negara.. ini hanyalah pandangan sahaja. Dari menyambut detik kemerdekaan dengan perkara tidak b.faedah, lebih baiklah anak2 muda dijuruskan kepada pengisian yang berbentuk kerohanian.

Selain itu, generasi tua haruslah tunjukkan tauladan yang baik. Jika yang tua b.sikap racist, yang muda apatah lagi. Pandangan saya, anak2 muda Malaysia kini hendaklah dipupuk perpaduan mereka sedari kecil. Kata pun melentur buluh biar dari rebungnya. Kewujudan sekolah vernakular mengikut bahasa ibunda masing2 adalah tidak practical lagi kini. Walaupun Malaysia hari ini dah mencapai 57 tahun kemerdekaan, saya perhatikan masih ramai yang tidak tahu malah tidak boleh pon b.bahasa melayu. Apa gunanya bahasa melayu sebagai bahasa rasmi bila rakyat nya gagal mempraktikkan dan memahami bahasa melayu dengan baik. Bangsa melayu juga gagal menggunakan bahasa melayu dengan baik. Ada juga melayu yg malu dgn bahasa melayu..kononnya "low class". Kegagalan perpaduan bahasa ini sebenarnya yang membawa kepada kegagalan perpaduan jiwa. Cina nak marah melayu kutuk dalam bahasa cina, kaum india nak marah cina kutuk dalam bahasa tamil dan begitulah sebaliknya. Perkara ini boleh menyebabkan low self-esteem.

Apa2 pon, saya sentiasa berharap Malaysia akan sentiasa maju, dirahmati, dan dilindungi. Peace Malaysia. Bersahabatlah dengan semua bangsa untuk memacu negara menjadi gemilang. Paling penting, keikhlasan ketika membina persahabatan, cara paling baik mengekalkan kemerdekaan adalah kepercayaan dan bersatu padunya rakyat dalam membina benteng pertahanan yang kukuh. Sekian.

No comments:

Post a Comment