Cinta buta atau kita yang buta? Kadang2 terfikir, kita menyintai seseorang atas dasar apa? Pasangan kini lebih ramai yang jatuh cinta pada luaran dulu. Contohnya, nak jatuh hati mestilah ade rupe paras. Kene handsome atau cantik. Tak handsome atau tak cantik..kene reject.
Lepas tu nak jatuh hati, tengok pulak factor material. Orang tu kaya ke tak..kalau tak kaya, die ade pekerjaan yang jamin masa depan tak.? Tak kira lelaki atau perempuan, semua akan lihat factor material sekarang. Ye la, orang cakap, duit tak boleh beri cinta. Tapi, zaman sekarang, duit pon penting tuk cinta terus ada. Ramai pasangan yang rumah tangganya berkecai sebab masalah kewangan. Fikir2 lah sendiri betul ke tak ye?
Lagi, waktu bercinta n waktu mula2 akad nikah..selalu dengar ayat cliche ni: "saya pilih die sebab die memahami saya, boleh tahan dengan perangai saya, teman sejiwa saya..bla bla bla". Tp tu semua waktu dunia cinta tengah indah. Bila dah lame kawen, mula lah..ade yg divorce. Kenapa? Kerana sebab2 yang diberi pada awal perkahwinan dah tak de. Yang ade makan hati berulam jantung je. Sebab tu la...jangan taksub sangat dengan perasaan dan juga pasangan pada awalnya. Manusia ni boleh berubah perasaan dan juga perangai. Paling takut kalau berubah perasaan. Kalau tak pasangan kita yang berubah perasaan, kita sendiri yang dah berubah. Jadi, sentiasa la berusaha n cari jalan supaya cinta sentiasa ada. Banyak buku motivasi ade kat kedai. Sile lah bace ye..
Pasangan yang dah kahwin selama 30 tahun pon boleh bercerai. Sebab apa? Sebab tak fikir cara terbaik tangani masalah. Bile ade masalah, lebih bersikap selfish. Mane pergi cinta n kasih sayang? Buang ke longkang agaknya. Senang nye dunia, bila kahwin boleh cerai.. cerai bukan sesuatu yang menyeronokkan untuk anak2. Kenapa ramai remaja runtuh akhlak? Sebab masalah keluarga. Kalau ibu bapa bijak n mampu kawal serta selalu pupuk rasa cinta, rasanya masalah gejala sosial remaja ni tak terjadi. Ibu bapa jgn fikir bila dan kahwin, dah ade anak, soal cinta mereka dilupakan..itu yang akan menyuramkan perhubungan. Jadi, cinta buta atau kita buta? Kita lah yang buta kerana tak mampu celik melihat cinta.
No comments:
Post a Comment