Wednesday, 6 May 2015

kemaafan penawar hati yang terindah

Assalamualaikum kepada semua..hehehe..lame dah tak menulis di sini..al-maklumlah, sibuk bebenor. Hari ni kebetulan cuti..hari hol negeri Pahang. Dalam kesibukan saye dengan kerja dan juga menyiapkan assignment2, banyak jugak tragedi yang gembira dan melukakan yang berlaku dalam hidup saya sepanjang hampir 5 bulan kedatangan 2015 ni. Tak dinafikan, 2015 boleh dikatakan sebagai glorious year for me. Alhamdulillah..dalam kesulitan Allah masih memberi kesenangan untuk saya.




 Saya rase tentu kamu3 semua dah bace ayat power dari pic kat atas ni kan? Kenapa hari ni saya nak bercakap tentang kemaafan? Kemaafan amat bersangkut paut dengan hidup saya sejak dua menjak ni. Ada satu peristiwa yang betul2 mengguris perasaan saya. Guris sampai saya menjadi seorang yang amat sentitif. Hati saya betul2 sakit. Timbul satu perasaan benci yang amat sangat pada dia ni. Sakit nye hati saya pada die sehingga mengganggu emosi rasional saye. Sampai satu tahap saya tak boleh nak senyum pun. (Ni tak de kaitan dengan cinta ye). Dia yang dulu saya anggap kawan (tapi sekarang tak dah la..selepas die minta kawan die yang kerja di SKMM Putrajaya check segala aktiviti messaging, log call saye, segala nye lah) kini bukan lah sesiape dalam hidup saya. Ape perasaan kamu3 semua jika diintip sampai tahap tu?? Perasaan saya waktu tu benar2 mendorong saya menjadi manusia tak bertamadun. Kenapa? Kerana saya benar2 harap dia mati! Sampai timbul perasaan ingin hapuskan dia. Cemburu dia melampaui batas manusia..sedangkan saye dengan "adik angkat" dia hanya berkawan pada tahap yg paling biasa kat dunia ni.

Saya berada dalam keadaan tekanan yang melampau selama beberapa hari. Serius..saye memang tak suke keadaan ni..keadaan hati yang sakit. Sehinggalah satu hari, saya bangun dari tidur, saya nekad untuk memaafkan die. Saya belajar maafkan die walaupun die tak pernah minta maaf. Selepas saya lakukan perbuitan MEMAAFKAN itulah..hati saya menjadi lebih baik..maksudnye tak rase nak marah (LANGSUNG TAK DE!!). Saya boleh kembali kepada saya yang sebelum ni..seorang yang suke senyum (bukan perasan..tapi kenyataan..hahaha). Hati saye lebih tenang. Saye ni manusia biasa..tipu lah kalau saya cakap bile saye teringat ape yang die dah buat saye tak rase marah langsung..tapi cepat2 saya cakap, saya maafkan die. Maafkan die atas kebodohan prasangka die. Saye mesti sentiasa belajar memaafkan sesiape sahaja..setiap hari. Saya tak nak lalui hari2 ceria saya dengan api kemarahan..no no no..tak nak!

Setelah peristiwa tu, n setelah saye ajar diri saya untuk sentiasa memaafkan, saya sedar, memberi kemaafan adalah jalan terbaik untuk melatih hati agar tidak hidup dengan kebencian. Kebencian yang melampau akan membawa kerosakan pada rohani hati. Hati akan menjadi gelap..hidup asyik nak marah je..dan dendam akan terbina dengan kukuh dalam hati. Saya sedar, dendam dan marah ni tak akan membawa kita kepada satu kebaikan sejagat pun. Tidak ada satu faedah pun yang kita dapat bile ada dendam dan marah sebaliknya kedua-dua ni akan mengubah wajah kita kepada sesuatu yang menakutkan. Saya tak nak hidup dengan hati yang sakit. Saya tak mahu hidup tanpa senyuman yang ikhlas. Jadi, saya mesti menjadi seorang yang sentiasa memaafkan. Apa yang saye harap, kamu semua juga akan begitu. Biarlah walau kita tahu bukan salah kita pun, kita maafkan saja orang tu di atas kekhilafan die..kerana kita sendiri tidak sempurna. Menuntut orang lain menjaga hati kita, adalah lebih baik kita mentarbiah hati kita untuk hidup dengan harmoni. Hati yang baik akan mendorong kita menjadi lebih baik. Jika kita bukan seorang yang baik pon, kita boleh berubah menjadi lebih baik bile kita membetulkan hati agar ianya sihat.. Hati sihat, Hidup bahagia!!





Ayat di atas ni memang sangat2 betul. Jika ada antara kamu yang rase cam berdendam..marah kat somebody..cepat2 beri kemaafan ye.. 

Sampai di sini sahaja coretan hari ni. Jumpa lagi di lain masa. 

Wassalam.






No comments:

Post a Comment